Wednesday, April 22, 2009

SATU PERKENALAN…..

Assalamualaikum. W.B.t dan Salam Perkenalan kepada semua Blogers.

Terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf kpd semua. Sepatutnya ini adalah entry pertama saya. Tapi dek kerana geram,marah dgn kelakuan NOR (bukan nama sebenar) , saya terlupa untuk buat pengenalan diri. Hebat jugak penangan Puan Nor tu yek.

Untuk kali ini, saya tak naklh komen apa-apa mengenai isu MARKAH KASIHAN DI USIM ataupun nak serang Puan NOR bukan nama sebenar tu, biarlah dia sorg yg menari, kalau kita ikut sama sumbang jadiknya. Tarian tu akan terhenti, bila muzik dan iramanya menyepi. Biarlah dia nak bagi tahu MAKHLUK ( bagi mereka yang tidak menggunakan akal fikiran untuk menilai suatu berita ) mana sekalipun mengenai isu ini, apa yang pasti pada akhirnya, kebenaran itu akan berada pada tempatnya dan yang BATIL itu akan tenggelam bersama kapalnya. Mungkin nakhodanya akan jadi batu macam cerita si Tenggang. Kuasa tuhan, siapa tahukan. Saya amat mengkagumi Pihak Pengurusan Tertinggi USIM atas kesabaran yang mereka ada. Buat Dato NC, Dato TNC ( Akademik dan Antarabangsa ) serta Dekan FSU yang saya kagumi, saya cuma ingin berkata bahawa saya tetap menyokong apa sahaja usaha mereka dan berdiri di belakang mereka. I’m proud to be USIM’s Student (betull tak Puan Nor ayat ni ye?? Takut salah jek..)

Kita tinggalkan dahulu Puan NOR dan press-pressnya. Hanya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Abdullah Firdaus Abd Jalil. Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang, USIM. Anak jati kelahiran Negeri Johor. Pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Kahang Barat, Kluang, Johor, Maahad Pontian dan Maahad Johor sebelum meneruskan pengajian di USIM. Orang lebih mengenali saya dengan panggilan ‘ANJE’. Pelik?? Biasa sahaja semua itu. Tiada yang pelik dalam dunia ini.

Saturday, April 18, 2009

MARKAH KASIHAN DI USIM : SATU MIMPI DI SIANG HARI, BUKAN SUATU REALITI


Sukalah saya untuk merujuk kepada pengakuan seorang pensyarah wanita di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. Beliau telah mendakwa berlakunya pemberian markah kasihan di USIM dan juga situasi di mana pelajar terlibat gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris. Satu persoalan yang bermain di fikiran saya dan juga mungkin ramai di luar sana, tentang kebenaran bagi setiap fakta yang telah di timbulkan.
Sememangnya, berita sebegini memberi tamparan hebat, bukan sahaja kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti, tetapi juga kepada Mahasiswa-mahasiswi yang menuntut ilmu di Universiti ini. Sebagai seorang Mahasiswa USIM, saya melihat perkara sebegini sebagai satu cabaran kepada kami untuk membuktikan ianya tidak benar.
Sistem pengajaran dan pembelajaran di USIM amat mementingkan soal kualiti pelajar dan pensyarahnya. Tambahan lagi sebagai Mahasiswa Undang-undang, syarat kemasukan ke program Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang adalah dengan memperolehi Band 4 di dalam peperiksaan MUET yang di ambil sebelum memasuki Universiti selain mempunyai pencapaian yang cemerlang di dalam Akademik.
Adalah amat mustahil pelajar yang mendapat MUET Band 4 ini, gagal menulis esei dalam bahasa Inggeris dengan baik. Juga rasanya amat mustahil bagi pihak Lembaga Peperiksaan untuk memberikan “markah kasihan” kepada kami untuk mendapat BAND 4 sebelum mengambil kursus Undang-undang di USIM. Selain itu juga, pensyarah-pensyarah yang mengajar Subjek bagi kursus Undang-undang di USIM terdiri daripada Profesor-profesor dari dalam dan luar Negara, bekas Hakim Mahkamah Tinggi serta pensyarah-pensyarah berpengalaman yang lain.
Selain Tambahan pula, terdapatnya pensyarah-pensyarah sambilan lain yang mengajar di USIM yang terdiri daripada Profesor-profesor dari IPTA lain, peguam-peguam serta ahli badan professional yang lain. Adalah amat mustahil untuk mereka memberikan “markah kasihan” kepada pelajarnya memandangkan ianya adalah amat bertentangan dengan profesion masing-masing.
Sebagai akhirnya, sukalah saya maklumkan di sini bahawa, untuk memperolehi “markah kasihan di USIM” ianya sekadar mimpi di siang hari ataupun mungkin di waktu senja yang tidak mungkin menjadi satu realiti. Bagi kami semua ini adalah satu ujian dari tuhan kepada kami sebagaimana yang di sebut di Surah Al-Ankabut Ayat 2 dan 3 “
Apakah manusia itu mengira, bahawa mereka itu di biarkan sahaja mengatakan kami telah beriman sedang mereka tidak di uji lagi? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Alllah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta”

Tulisan Kebenaran bukan Kasihan dari :
Hamba Allah, Nama Syurga
Mahasiswa Tahun 4 Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang USIM